
ABOUT ME
PROFESOR MADYA DR. HJ. ABDUL RASID BIN HJ. JAMIAN
Ketua,
Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan,
Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia.
Prof. Madya Dr. Hj. Abdul Rasid bin Hj. Jamian, telah terlibat dalam dunia pendidikan bermula pada tahun 1985 iaitu berkhidmat sebagai guru Bahasa Melayu di SK (Felda) Tementi, Triang, Pahang sehingga 1990. Kemudian berkhidmat di SK Seri Bandan, Batu Pahat, Johor sehingga 1994. Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama) di Universiti Pertanian Malaysia 1994/1997 dan seterusnya berkhidmat sebagai guru Bahas Melayu di sekolah menengah Munsyi Sulaiman, Batu Pahat, Johor sehingga pada tahun 1999. Jawatan tertinggi di peringkat sekolah iaitu Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
​
Beliau melanjutkan pengajian dalam Master Sastera (Bahasa Melayu) sesi 1997 – 1999 di Universiti Putra Malaysia. Selepas tamat peringkat master, beliau telah dilantik sebagai pensyarah Pendidikan Bahasa Melayu di Fakulti Pengajian Pendidikan pada Julai 1999 sehingga kini. Pada tahun 2002 beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Bahasa Melayu di Universiti Putra Malaysia.
​
Bidang yang diceburi iaitu Pengajaran Bahasa Melayu dan Perkembangan Bahasa Melayu khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Beliau banyak menjalankan penyelidikan yang berkait dengan pendidikan khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Penerbitan yang dihasilkan khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu iaitu terdapat 38 naskah jurnal berindeks dan tidak berindeks; 7 buah buku; 10 bab dalam buku; dan 11 buah modul.
​
Penglibatan peringkat antarabangsa pula, dilantik sebagai Profesor Tamu di Universiti Goethe Frankfurt, Jerman selama 3 bulan. Di samping itu, banyak pembentangan kertas kerja seminar dan konferens di luar negara dan di dalam negara. Manakala di peringkat kebangsaan, pernah menjawat Timbalan Pengerusi Persatuan Pendidik Pendidikan Bahasa Melayu selama 5 tahun. Banyak membantu bahagian Buku Teks Bahasa Melayu khususnya sebagai Pengerusi Panel Jawatankuasa Kualiti Mutu Buku Teks di Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pakar rujuk kurikulum Bahasa Melayu di peringkat kebangsaan di Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Di samping itu, pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi, Majlis Kokurikulum Malaysia selama 3 tahun.
​
Dalam pentadbiran universiti, khususnya Universiti Putra Malaysia pula, pernah menjawat sebagai Pengetua Kolej Kedua (2006-2007), Pengetua Kolej Keenam (2007-Disember 2009). Seterusnya menjawat jawatan Timbalan Pengarah, Pusat Alumni UPM (15 Februari 2012 hingga 30 April 2013). Pernah menjawat jawatan Pengarah, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM pada 1 Mei 2013 hingga 31 April 2016. Mulai 1 Jun 2017, dilantik sebagai Ketua Jabatan, di Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan.
​
Pada Mac 2017 hingga Jun 2017 dilantik sebagai Profesor Tamu di Jabatan Pengajian Bahasa Asian di Universiti Goethe, Frankfurt, Jerman. Pada 23 Mei 2017 telah menyampaikan Syarahan Profesor Jemputan di Goethe Universiti, Frankfurt, Jerman.
​
Berikut ialah jawatan yang pernah disandang:
Penolong Setiausaha Latihan Mengajar dan Praktikum Kaunseling, FPP, UPM
Setiausaha Latihan Mengajar dan Praktikum Kaunseling, FPP, UPM
Pengetua Kolej Kedua, UPM
Pengetua Kolej Keenam, UPM
Timbalan Pengarah, Pusat Alumni, UPM
Pengarah, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM
Ketua Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM.
EDUCATION
RESEARCH INTERESTS
Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama (PBMP)
Doktor Falsafah (Bahasa Melayu)
Universiti Putra Malaysia, Malaysia
2002
Sarjana Sastera (Bahasa Melayu)
Universiti Putra Malaysia, Malaysia
1998
Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama)
Universiti Putra Malaysia, Malaysia
1997
Sijil Perguruan Khas (Bacaan dan Penulisan)
Institut Bahasa Kuala Lumpur, Malaysia
1991
Sijil Perguruan Malaysia (Pengajian Melayu)
Maktab Perguruan Sultan Idris, Malaysia
1985
Sijil Pelajaran Malaysia
Sekolah Menengah Tengku Mahmood Iskandar,
Sg. Mati, Muar, Johor.
1981
Pendidikan Bahasa Melayu